Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryt Bank Apple Pay

Kad Ryt Bank Kini Sokong Apple Pay – Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Diterbitkan Oktober 6, 2026 oleh Amalina Athman

Ryt Bank kini menyokong Apple Pay, membolehkan pengguna menambahkan Kad Ryt ke Apple Wallet untuk membuat pembayaran menggunakan peranti Apple yang serasi.

Sebelum ini, Ryt Bank sudah menawarkan sokongan Google Pay untuk pengguna Android. Dengan penambahan Apple Pay, pengguna peranti Apple kini boleh menggunakan Kad Ryt untuk pembayaran tanpa sentuh di kedai fizikal, selain pembayaran dalam aplikasi dan laman web yang menerima Apple Pay.

Cara tambah kad Ryt Bank ke Apple Wallet

  1. Untuk menambah kad, buka aplikasi Ryt Bank pada iPhone dan pergi ke tab “Cards”.
  2. Pilih Kad Ryt yang ingin digunakan, kemudian tekan “Add to Apple Wallet”.
  3. Seterusnya, ikut arahan pada skrin sehingga proses selesai.
  4. Kad Ryt kini sedia digunakan untuk Apple Pay. Selain iPhone, pengguna juga boleh memilih untuk menambahkan kad tersebut ke peranti Apple lain seperti Apple Watch.

Ryt Bank Apple Pay_03

Selepas kad berjaya ditambahkan, pembayaran di kedai boleh dibuat dengan menekan dua kali butang sisi iPhone untuk membuka Apple Pay, mengesahkan transaksi menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan, kemudian mendekatkan peranti pada terminal tanpa sentuh.

Ryt Bank turut menyatakan nombor kad tidak dikongsi dengan peniaga atau disimpan pada pelayan Apple. Sekiranya iPhone hilang, pengguna juga boleh menandakannya sebagai hilang melalui Find My untuk menggantung penggunaan Kad Ryt pada peranti berkenaan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Google Pay - Ini Cara Tambah
  • Pengguna Kini Cecah 1.2 Juta, Ryt Bank Bakal Sokong Kad Ryt PayLater
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Pay Kini Tersedia Untuk Kad Kredit CIMB, Ini Cara Aktifkannya

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY