Kad NFC Sukar Dimiliki, Tapi TNG Buat 'Play & Win' 10 Sen Untuk Dapatkannya

Selepas kemunculan kad berdaya NFC daripada Touch 'n Go, ramai pengguna mula memburunya sehingga habis dijual dalam beberapa jam pertama dirasmikan.

Kelebihan kad baharu ini ialah mampu disemak dan ditambah nilai secara fizikal terus daripada telefon (yang mempunyai fungsi NFC) melalui TNG eWallet. Jadi, pengguna tidak perlu ke kiosk atau kedai.

Jika anda masih runsing beza dengan kad lama, baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang kad NFC ini.

Sehingga sekarang, pengguna seluruh Malaysia mengeluh kerana amatlah sukar untuk mendapatkannya sama ada melalui TNG eWallet mahupun di stesen minyak Shell atau Petronas.

Ramai juga scalper yang menjualnya dengan harga berkali ganda sehingga hampir RM100 di Shopee.

Di aplikasi 'Out of stock', di stesen minyak pula 'Habis, bang'.

'Out of Stock' Tapi Ada Play & Win?


Walaupun sudah lama kad NFC ini tidak dijual di TNG eWallet, namun TNG hadir dengar sebuah 'draw' dinamakan 'Play & Win'  yang hadiahnya ialah kad NFC tersebut.

Untuk sertainya, anda perlu bayar sekurang-kurangnya 10 sen untuk 1 penyertaan. Jika anda mahu masuk dengan 10 penyertaan, ia akan memakan kos sebanyak RM1.



Ada 110 pemenang akan dipilih berdasarkan 'draw'. Ia berakhir esok, 30 Jun dan wang anda akan dikembalikan jika tidak disenarai sebagai pemenang.

Secara peribadi, ia agak sedikit tidak adil memandangkan begitu ramai yang masih memburunya untuk beli melalui TNG eWallet tersebut tetapi dinyatakan 'Out of stock'.

Tiba-tiba di bawahnya ada 'Play & Win' yang kita sendiri tidak tahu peratusan kemungkinan yang kita akan memenanginya.

Pengguna Luar KL Lagi Susah Dapat


Melalui pemerhatian saya, pengguna di kawasan KL dan Lembah Klang sedikit beruntung kerana mereka boleh mendapatkannya di kedai rasmi Touch 'n Go di NU Sentral dan Wisma Touch 'n Go di Bangsar South selain stesen minyak.

Walaupun terus habis stok setiap kali tular di media sosial namun masa diambil sekitar seminggu dua untuk kembali dijual.

tng nfc out of stock

Berbeza di Kota Kinabalu, Ipoh, Kuala Ketil atau Kuantan misalnya, sehingga kini tidak pasti di mana kedai yang menjual kad TNG NFC ini. Apabila ditanya sesama pengguna juga, tiada sesiapa yang ada jawapan.

Lain pula kalau soalannya "Area Putrajaya/Bangi mana boleh dapat kad NFC?" Jawapannya ialah "Petronas Uniten arah Puchong", "Shell Precint 8", "Petronas Sg. Ramal" dan banyak lagi.

Begitulah tidak adilnya pengedaran kad ini 'memecahkan' kita.

Ini belum lagi disentuh tentang aduan pengguna berkenaan kualiti kad yang berharga RM10 sekeping ini.

Apa-apapun, diharap TNG menyelesaikan isu ini, mungkin dengan melipatkaligandakan pengeluarannya dan mengawasi jika ada ketirisan dalam proses pengedaran.

Sedikit selingan, jika anda mahu petua jimat dengan lebih banyak menggunakan ShopeePay, boleh bacanya di SINI.