Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Kelajuan Internet 1Gbps

K-KOMM: Peruntukkan RM4 Billion Untuk Pemasangan Gentian Optik Di 4,000 Sekolah

Diterbitkan April 11, 2022 oleh Firdaus

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa telah berkongsi berita gembira buat warga sekolah. Peruntukkan dana sebanyak RM4 billion akan dibelanjakan untuk 4,000 sekolah diseluruh negara.

Dana ini bertujuan untuk membina hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP). Hab ini dapat memberikan kelajuan internet yang lebih stabil dan laju untuk kegunaan sekolah, guru dan murid.

internet Gentian Optik

Selain itu, inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada sekolah-sekolah di luar bandar yang masih belum mendapatkan sambungan internet yang stabil seperti kawasan bandar.

Tambahan lagi, langkah itu juga melibatkan 6 zon kawasan di seluruh negara seperti zon utara, selatan, timur, barat dan juga Sabah dan Sarawak. Setakat ini, rangkaian 4G negara telah mencapai tahap liputan sebanyak 95 peratus di kawasan berpenduduk.

Tetapi kerajaan percaya bahawa mereka dapat mencapai liputan hingga 97 peratus melalui langkah ini. Baki 3 peratus lagi sukar untuk ditembusi kerana melibatkan kawasan pendalaman dan kaedah penggunaan satelit merupakan salah satu pilihan yang akan dipertimbangkan.

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • Bantuan ePemula Tidak Seperti Sebelum Ini, Terhad Pembayaran Kedai Fizikal Sahaja
  • ePemula: Sah, Anda Tidak Boleh ‘Top-Up’ ShopeePay Di 7-Eleven Atau Beli Barang Shopee
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY