Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siber sekuriti

K-KOMM Bertindak Sekat Laman Sesawang Jual Data

Diterbitkan Jun 15, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) memaklumkan bahawa mereka telah mengeluarkan arahan kepada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) bagi menyekat laman sesawang yang menjalankan aktiviti jual beli data.

Tindakan itu diambil berhubung dengan keresahan dan kebimbangan orang ramai mengenai isu penjualan data oleh sebuah laman sesawang sumber terbuka (Open-source Intelligence) yang mula didedahkan di laman Twitter pada pagi Ahad, 12 Jun 2022.

K-KOMM melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah menyiasat mengenai kandungan dan latar belakang laman berkaitan seterusnya menurunkan laman sesawang tersebut  sekitar jam 6.30 petang pada hari yang sama.

K-KOMM menyatakan, di bawah Seksyen 130, Akta 709, kesalahan berhubung penjualan data peribadi, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: K-KOMM

Baca juga:

  • Hikayat Si Lanun Pirate Bay Yang ‘Ditikam’ Berkali-Kali Tapi Tidak Mati
  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod Jadi Ciri Baharu MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY