Jurufoto Terkenal Dunia Peter Mckinnon Memuji Keupayaan Kamera Iphone 11 pro

Reading Time: 2 minutes

Semenjak pelancarannya pada minggu lalu, siri Iphone 11 iaitu iphone 11, Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max telah menjadi perbualan ramai di media sosial. Ada yang memberi komen yang positif terhadap peranti terbaru keluaran Apple itu dan ada juga yang memberi komen negatif terhadap siri Iphone tersebut.

Namun begitu, dilihat ramai juga di kalangan pakar dan netizen yang memuji keupayaan kamera siri Iphone terbaru ini. Salah seorang pakar dari segi fotografi iaitu jurufoto terkenal dari Kanada iaitu Peter Mckinnon yang telah memberi komen positif mengenai keupayaan kamera Iphone 11 pro. Beliau telah memuatnaik status terbarunya di Twitter dengan memuji keupayaan kamera Iphone 11 Pro dan turut meletakkan emoji wow kepada status tersebut.

Ini jelas menunjukkan kemampuan Iphone 11 Pro dalam menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dan mungkin akan berada di kedudukan tiga teratas pada ranking Dxomark Mobile selepas diuji nanti.

Iphone 11 hadir dengan skrin ips lcd 6.1 inci, dijana dengan cip A13 Bionic, mempunyai dua kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide), 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3110 mAh. Manakala Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max pula hadir dengan skrin Oled 5.8 inci dan 6.5 inci, dijana dengan cip A13 Bionic, mempunyai tiga kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.0, 52mm (telephoto) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide). 6GB RAM dan bateri berkapasiti 3190 mAh bagi Iphone 11 Pro dan 3969mAh bagi Iphone 11 Pro Max. Ketiga-tiga Iphone tersebut hadir dengan pilihan memori 64GB, 256GB dan 512GB.

Harga bagi Iphone 11 bermula dari RM 3,399, Iphone 11 Pro RM 4,899 dan Iphone 11 Pro Max RM 5,299.

Sumber : Twitter

irfan suhaimee
Tentang Penulis

Menggemari dunia teknologi mudah alih selain daripada bermain ular

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *