Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
disney+ unifi

Pelanggan unifi TV Boleh Nikmati Disney+ Hotstar, Percuma 6 Bulan

Posted on Mei 19, 2022

Pada 17 Mei, Telekom Malaysia Bhd mengesahkan penstriman Disney+ Hotstar kini tersedia di perkhidmatan unifi TV.

Pelanggan unifi Home 100Mbps termasuk pek Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus akan boleh menerima akses kepada aplikasi tersebut secara percuma menerusi unifi TV selama 6 bulan.

Pelan 100Mbps berharga RM129 sebulan untuk jalur lebar (broadband) dan bernilai dari RM159 hingga RM189 untuk pelan dengan pek-pek unifi TV.

Pelanggan Ultimate Pack pula mendapat akses kepada Disney+ Hotstar termasuk dengan tiga aplikasi lain dengan tiada caj tambahan, seperti beIN Sports Connect, SpoTV Now dan BBC Player.

Pelanggan jalur lebar unifi sedia ada juga boleh melanggan Disney+ Hotstar melalui pek unifi TV bermula dari RM16 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web unifi TV.

Sumber: unifi TV

Baca juga:

  • unifi Plus Box Generasi Kedua Hadir Dengan Disney+ Hotstar, Dipamer Di TM Point
  • Syarikat Milik TNB Raih Anugerah Syarikat Telekomunikasi Jalur Lebar Terbaik Malaysia 2022
  • Disney+ Hotstar Kini Boleh Dinikmati Melalui Astro Ultra Box

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress