joyami Beri Potongan Harga Untuk Semua Peralatan Dapur Pintar Di Shopee

Bermula esok 15 Mac 2022, rakyat Malaysia kini sudah boleh mula memiliki peralatan dapur joyami oleh TOKIT di Shopee. Ini juga adalah jualan pertama joyami secara Global.

joyami akan memperkenalkan 4 produk baharu untuk jualan esok. Produk pertama ialah joyami Smart Rice Cooker S1. Bukan sekadar untuk memasak nasi, tetapi ia juga mempunyai fungsi lain seperti dapur biasa untuk memasak, membuat stew, sup, kek, yogurt dan banyak lagi.

joyami Smart Rice Cooker S1 ini juga boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home, aplikasi peralatan rumah Mijia Xiaomi untuk menetapkan sehingga 4 tekstur nasi yang dimasak.



Produk seterusnya adalah joyami Smart Cooktop, sebuah dapur elektrik yang membenarkan pengguna untuk melaras suhu dengan lebih tepat menggunakan 99 tahap pemutar tombol. Dengan fungsi ini, anda boleh memasak telur rebus lembut, mi segera, menggoreng ikan dan ayam dengan suhu yang rendah tanpa menghilangkan nutrisi makanan tersebut.



Kalau dah ada dapur mesti perlu ada kuali. Oleh itu, joyami juga memperkenalkan Multi-purpose Chef's Pan yang menjadi gandingan untuk Smart Cooktop. Ia hadir dengan 6 lapisan yang berkualiti di samping lapisan Eclipse Non-Stick supaya makanan tidak melekat pada permukaan kuali dan mudah untuk dicuci.



Yang terakhir adalah joyami Transparency Electric Kettle. Cerek elektrik ini dibuat daripada bahan kaca Borosilikat sesuai untuk bayi mahupun dewasa. Penutupnya juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan cerek ini dibersihkan.



Jika anda berminat, jangan lepaskan peluang untuk beli produk ini di Shopee joyami pada 15 Mac jam 12 malam untuk mendapatkan potongan harga untuk setiap produk ini:

Sumber: Siaran Akhbar joyami

Baca juga:

Berkaitan