Telegram Tambah Ciri 'Download Manager' Dan Penstriman Langsung

Telegram telah mengemas kini banyak ciri baharu untuk pengguna mereka nikmati. Mereka sedang menaik taraf fungsi atau ciri telegram seperti Download Manager, reka bentuk semula aplikasi Android, pratonton untuk album dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga ciri penting yang dikemas kini oleh telegram iaitu perkongsian pautan pengguna telegram. Jadi, orang yang klik pada pautan akaun telegram anda, akan dapat terus membuka ruangan sembang tanpa menggunakan nombor telefon. Anda hanya perlu berkongsi pautan dengan meletakkan (t.me/) diikuti dengan username telegram anda.



Tapi anda kena pastikan dulu nombor telefon boleh dilihat oleh semua orang atau dengan privasi umum. Jika tidak, anda tidak boleh menggunakan ciri yang dikemas kini ini.

Di samping itu, telegram juga memperkenal ciri Download Manager iaitu ikon baharu akan muncul dalam bar carian ketika fail dimuat turun. Jika anda ingin menghantar gambar pada rakan, anda juga boleh menggunakan ciri baru yang membolehkan anda menyusun semula atau mengeluarkan item sebelum menghantar kepada rakan.



Sokongan untuk penstriman langsung juga akan menjadi salah satu ciri baru telegram bersama kemas kini mod malam, panel dan headers yang lutsinar, stickers dan fail media yang lebih menonjol.

Sumber : Telegram

Baca juga :