ASUS Ada Promosi Kembali Ke Sekolah Dengan 'Laptop' Serendah RM1,499

Berdasarkan rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi penggal ketiga akan dibuka semula minggu hadapan.

Bersempena itu, ASUS mengadakan promosi Back To School untuk dua buah model komputer riba mereka bermula 18 Februari hingga 3 April 2022 yang menawarkan cashback sebanyak RM150.

Untuk siri BR1100 ini, ia menawarkan ketahanan gred ketenteraan (military grade reliability), bumper getah di sekelilingnya, papan kekunci tahan tumpahan (spill-resistant), mikrofon dengan pembatalan hingar AI, kamera web dengan noise reduction bersama perlindungan privasi.



Untuk spesifikasi, ia dilengkapkan Windows 10 Home, Intel Celeron Dual-Core N4500, kad grafik Intel UHD, SDRAM sebanyak 4GB, memori eMMC 128GB, dan berat sekitar 1.4kg.




Dua model yang tersenarai untuk promosi ini ialah BR1100FK dengan harga RM1,699 dan BR1100CK pada harga RM1,499.

Beza antara duanya ialah BR1100FK merupakan model boleh lipat (convertible flip) dan menggunakan skrin sentuh manakala BR1100CK menggunakan rekaan biasa (claimshell).



Untuk butiran terperinci, anda boleh ke laman rasmi ASUS Malaysia atau kedai rasmi mereka di Lazada dan Shopee. Melalui semakan kami, ia masih belum ditawarkan secara dalam talian.

Baca juga: