Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redgames+Jams 1

Jom Sertai “RedGames Jam”, Pertandingan Pembangunan Permainan Video

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh ariff bukhari

airasia Superapp menerusi hab permainan mereka, RedGames mengumumkan pertandingan RedGames Jam yang dianjurkan buat pertama kali.

RedGames Jam adalah pertandingan pembangunan permainan video yang dianjurkan dengan kerjasama UOW Malaysia serta turut mendapat sokongan daripada Persatuan Pembangun Permainan Antarabangsa (IGDA) Malaysia dan SEGA.

Pertandingan berasaskan pasukan ini memerlukan peserta membentuk pasukan sehingga lima orang ahli untuk mencipta permainan yang boleh dimainkan dalam tempoh masa 48 jam.

Jom Sertai “RedGames Jam”, Pertandingan Pembangunan Permainan Video

Peserta boleh mengeluarkan kreativiti mereka dan membangunkan permainan yang mampu menarik minat orang ramai dalam genre seperti pengembaraan, arked, aksi atau permainan teka-teki.

RedGames Jam akan berlangsung dari 28 Julai hingga 30 Julai 2023,di kampus UOW Malaysia Glenmarie.

Para peserta berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan, penginapan tajaan penuh dan tiket untuk ke Tokyo Game Show 2023 yang dijemput khas oleh SEGA.

Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar menerusi pautan RedGames Jam 2023 Pre-Registration Form. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan dan terma dan syarat lain pula, klik di sini.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Untuk Masa Terhad, Versi 'Need For Speed' Ini Sedang Diskaun 80%
  • Redmi 12 Dilancar, RM699 Untuk RAM 8GB Dan ROM 256GB
  • Buang Segera 2 Aplikasi Popular Android Ini Didapati Hantar Data Pengguna Ke China

Sumber: airasia newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY