Kaji selidik yang dijalankan oleh Kantar TNS Norway itu adalah berdasarkan data yang dikutip dari Jun hingga Julai 2018 dan melibatkan 6 negara, Malaysia, Sweden, Norway, Thailand, Myanmar, serta Singapura.
Antara soalan-soalan yang dikemukan adalah "Apakah tiga perkara yang kerap dilakukan pada peranti?".
Berdasarkan data, wanita Malaysia paling gemar melayari media sosial seperti Facebook, Snapchat, Twitter, LinkedIN dan lain-lain. Selain itu, 46% wanita Malaysia kerap menggukan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, Messenger dan beberapa yang lain. Sebanyak 29% pula lebih suka membuat panggilan suara.
Soalan seperti situasi apakah yang membuatkan pengguna tidak akan membawa/mematikan telefon/mengaktifkan mod do-not-disturb juga ada diajukan.
Antara jawapan tertinggi adalah wanita Malaysia akan melakukan perkara diatas pada situasi perkahwinan, dan seterusnya ketika makan dengan rakan dan pada waktu malam di rumah.
Untuk laporan penuh boleh akses laporan yang dimuat naik oleh Malaysian Wireless - Tech Trends: Women | July 2018 Survey
Sumber: Malaysia Wireless
Berkaitan
- The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik
- Vivo NEX Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 23 Julai
- Consumer Report: Papan Iklan Digital Jejak Data Orang Ramai Untuk Paparkan Iklan Yang Sesuai
- Digi Terpaksa Tunda Tarikh Penamatan 3G
- Celcom Tawar Kadar Istimewa Untuk Jemaah Haji Malaysia
- Pengenalan Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Akan Diadakan Pada 3 Mei Depan
- realme 6 Pro Sudah Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1399
- Infrastruktur Jalur Lebar Malaysia Dinaik Taraf, Kemudahan Internet Akan Menjadi Pantas Tidak Lama Lagi
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Terkini Mengenai Aplikasi Gerak Malaysia Dan Perjalanan Rentas Negeri
- iOS 11 Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Malaysia Bermula Minggu Hadapan