Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik

The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik

Diterbitkan Julai 9, 2018 oleh Helmi Samsuri

Satu laporan terbaru The World Bank bertarikh 2 Julai 2018, menyatakan bahawa penggunaan digital oleh perniagaan di Malaysia berada di takuk sederhana dalam kalangan negara yang berpendapatan sederhana rendah.

Antara penyebab yang menghalang daripada percambahan ekonomi digital adalah sambungan internet yang perlahan serta kurangnya tawaran pelan mampu milik daripada syarikat penyedia internet.

Walaupunbegitu, akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi Malaysia boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan negara lain dengan kedudukan 74 daripada 167 negara untuk perkhidmatan jalur lebar tetap.

Sementara itu bagi jalur lebar fiber, negara diletakkan di tangga ke-64, dibelakang negara jiran Vietnam serta dua lagi negara dengan tahap pendapatan yang sama iaitu, Mexico serta Turki.

Tidak terhenti disitu, laporan “Malaysia Economic Monitor” turut memberi pandangan yang mana Malaysia perlu meningkatkan kualiti serta pelan yang lebih mampu milik bagi rangkaian jalur lebar.

Antara saranan yang diberikan adalah kerajaan perlu membuka ruang persaingan supaya lebih banyak syarikat memberikan penawaran yang menarik.

Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor swasta dalam memacu transformasi digital negara.

Laporan penuh boleh baca disini – The World Bank: Malaysia Economic Monitor

Sumber: The World Bank via Malaysian Wireless

Sumber foto: eswcmalaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY