Sekuel Joker Dikhabarkan Jadi Filem Muzikal, Lady Gaga Sebagai Harley Quinn

Joker ditayangkan pada 2019, dilakonkan Joaquin Phoenix dan diarahlan oleh Todd Philips.

Ia mendapat rating agak tinggi oleh penonton dan pengkritik seluruh dunia ditambah pula dengan tema dibawanya selari dengan isu semasa.

Ura-ura dari tanah Barat membawa beberapa berita yang mungkin mengejutkan.

Todd Phillips baru-baru ini memuat naik muka depan skrip filem tersebut dengan gambar Joaquin Phoenix sedang menelaahnya. Berdasarkan skrip tersebut, ia tertera berjudul Joker : Folie à Deux.

Ia ditulis bersama, melibatkan Todd dan Scott Silver.

Istilah folie à deux secara literal bermaksud kegilaan dua (orang) atau folly of two. Dalam bidang perubatan, ia merujuk pada SDD iaitu shared delusional disorder di mana dua pesakit mental berkongsi khayalan dan halusinasi yang berkait atau sama.



 










View this post on Instagram























 

A post shared by Todd Phillips (@toddphillips)






Namun, judul ini masih saja boleh berubah pada masa akan datang.

Ini menguatkan lagi kehadiran Harley Quinn memandangkan kita semua tahu mereka adalah pasangan 'gila' yang ikonik dalam siri komik dan filem DC.

Seterusnya, The Hollywood Reporter mengatakan Lady Gaga telah ditawarkan dan kini dalam perbincangan untuk watak Harley Quinn.

Namun, Harley Quinn ini dalam filem ini dipercayai berbeza daripada yang dibawakan Margot Robbie sebelum ini.

Hal ini kerana naratif Joker dalam filem pertama pun dicipta sendiri oleh Todd, bukan mengikut komik.

Selain itu, yang agak mengejutkan ialah filem sekuel ini akan hadir dalam format muzikal. Ini bermakna ia dipenuhi tarian dan nyanyian, bukan lagi dialog dan penceritaan seperti seperti filem biasa.

Joaquin Phoenix, Todd Phillips, Lady Gaga

Penonton sudah terbiasa dengan genre muzikal yang ceria dan berbentuk komedi.

Dengan Joker yang membawa tema 'gelap' dan sangat serius, sukar membayangkan dua elemen ini digabungkan dalam satu filem yang pernah membawa tema kesihatan mental.

Khabar angin berkenaan rancangan pembikinan sekuelnya juga mungkin tidak disenangi ramai kerana filem pertama berakhir dengan 'sempurna' tanpa memerlukan sebarang kesinambungan.

Ia seperti dicipta hanya untuk satu 'tayangan' saja dan jika diberi sambungan, peminat khuatir ia akan merosakkan terus legasi Joaquin Phoenix dan Todd Phillips ini.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan apakah ura-ura seterusnya untuk sekuel ini.

Baca juga: