Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Clinton Global Initiative Annual Meeting In New York

Bill Gates: NFT Dan Kripto Adalah ‘Scam’ Yang Meriah Sebab Ada Orang ‘Tidak Cerdik’

Diterbitkan Jun 16, 2022 · Dikemas kini Oktober 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bill Gates mengatakan bahawa projek mata wang kripto dan NFT hanyalah penipuan yang terjadi berdasarkan teori ‘greater fool’, ucap beliau dalam satu persidangan acara dihoskan Tech Crunch beberapa hari lalu.

Apa itu teori orang lebih bodoh? Mudahnya, teori ini percaya bahawa harga satu-satu barang meningkat kerana ia boleh dijual pada orang yang lebih bodoh.

Contohnya, saya telah membeli sepasang kasut pada harga RM100. Namun selepas memilikinya, saya dapati ia hanya layak bernilai RM20. Sedari permintaan terhadapnya agak tinggi, saya jualnya semula pada harga RM200 kerana tahu ramai orang mahukannya.

Ini bermakna harga produk tersebut bukan bergantung pada nilai sebenar tetapi pada ‘hype’, khabar angin atau mana tipu helah tentang produk tersebut.

Teori Orang Lebih Bodoh.
Sumber: Crux Investor

“Jelas sekali gambar monyet yang mahal dapat tambah baik dunia dengan ketara,” sindir Gates terhadap karya NFT terkenal Bored Ape Yacht Club.

Ini bukanlah kali pertama beliau meluahkan pendapatnya tentang NFT dan kriptowang dengan sebelumnya pernah memberi amaran tentang ketidaktentuan kriptowang dan melabur berdasarkan twit Elon Musk.

ape nft

Bill Gates juga menekankan beliau tidak rasa rugi tidak terlibat dalam arena kriptowang dan percaya dengan cara konservatif mengumpul aset seperti ladang atau syarikat yang secara nyata mengeluarkan hasil.

Bill Gates tells us what he really thinks of Bored Apes at #TCClimate: pic.twitter.com/vBc8BaaTup

— TechCrunch (@TechCrunch) June 14, 2022

Warren Buffet juga baru-baru ini berkata dia sanggup membayar $25 bilion bagi faedah 1% untuk semua tanah ladang di AS tapi tidak akan bayar $25 untuk kesemua Bitcoin dalam dunia.

Dalam beberapa hari ini, Bitcoin juga telah jatuh nilai bawah RM100,000 pertama kali sejak 2021.

Baca juga:

  • Selepas Luna, Nilai Bitcoin Jatuh Teruk Sehingga Pengeluaran Dilumpuhkan
  • Permintaan VPN Di Rusia Naik 2088%, Negara Ini Bagi Dana Pada 3 Penyedia VPN
  • Akan Diadakan Festival NFT Pertama Di Kuala Lumpur Bulan Jun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY