Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2022-02-25 at 22.14.10

Jika Anda Pengembara, Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini

Diterbitkan Mac 14, 2022 oleh ariff bukhari

Selain protokol kesihatan COVID-19 bagi pesakit, kontak rapat dan kontak kasual, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan protokol khas bagi pengembara.

KKM menyatakan, bagi pengembara bukan warganegara yang ingin masuk ke Malaysia, mereka mestilah telah lengkap divaksinasi.

Mereka yang ingin mengembara ke luar negara juga perlu meakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa.

Bagi kanak-kanak yang belum layak untuk divaksin, mereka dibenarkan untuk mengikuti tempoh kuarantin ibu bapa atau penjaga yang mengembara bersama.

Berikut adalah tempoh kuarantin yang ditetapkan berdasarkan status vaksinasi pengembara:-

Screenshot 2022-03-14 at 9.20.32 PM

KKM juga memaklumkan, untuk pengembara yang pernah dijangkit COVID-19 pula, mereka dikecualikan daripada kuarantin wajib setibanya di Malaysia sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pengembara hendaklah telah menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaan vaksin
  • Bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian yang dicetak atau secara digital
  • Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat ‘Fit to Travel’daripada hospital terbabit
  • Bagi yang tidak dimasukkan hospital, perlu menjalani ujian saringan RTK(Ag) profesional 2 hari sebelum berlepas. Hanya dibenarkan berlepas jika keputusan ujian negatif

Manakala bagi pengembara yang pernah dijangkit COVID-19 dan tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 7 hari.

Sementara bagi pengembara yang masuk ke Malaysia melalui Vaccinated Travel Lane (VTL), Langkawi International Travel Bubble (LITB) dan MIDA-One Stop Centre (MIDA OSC), mereka tidak perlu menjalani tempoh kuarantin.

Sebaliknya hanya melakukan ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan juga apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila layari laman rasmi Protokol Kesihatan COVID-19.

Baca juga:
  • Patuhi Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Status Anda Adalah Kontak Rapat
  • Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual
  • Patuhi Protokol Kesihatan Terbaru Ini Jika Anda Positif COVID-19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY