Jeremy Clarkson Tidak Percaya Akan Kereta Panduan Sendiri

Jeremy Clarkson yang terkenal sebagai bekas pengacara rancangan Top Gear telah memberi pendapat mengenai kereta yang menggunakan teknologi panduan sendiri. Dia memberitahu yang dia hampir terbunuh dalam kereta panduan sendiri.

Dia menulis perkara itu di dalam majalah Sunday Times dan menceritakan bagaimana kenderaan tersebut yang telah membuat 2 kesilapan dalam jarak 80.5 km yang membuatkannya berasa takut akan keselamatannya di dalam kenderaan panduan sendiri.

Canselor Philip Hammond sedang memperincikan polisi undang-undang dalam membenarkan teknologi tersebut diuji di jalanraya UK. Matlamat mereka adalah untuk melihat kereta panduan sendiri di atas jalanraya Uk menjelang 2021 dan dapat meningkatkan industri tersebut yang dijangkakan akan memberi pulangan sebanyak RM 154 bilion dan sebanyak 27,000 peluang pekerjaan.

Jeremy  Clarkson walau bagaimanapun tidak menolak sebarang kemajuan teknologi dalam pemanduan sendiri dan berharap pihak berkuasa UK dapat meneliti sepenuhnya teknologi ini sebelum meluluskan penggunaanya. Dia juga menambah jika ada penumpang yang sanggup menaiki kenderaan panduan sendiri di Death Road, Bolivia, dia sendiri akan membeli kenderaan tersebut.

Sumber