Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
thailand flag

Jejas Ekonomi Negara, Thailand Haramkan Pembayaran Melalui Kriptowang

Diterbitkan Mac 23, 2022 · Dikemas kini Mac 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Negara jiran, Thailand telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengharamkan pengunaan aset digital seperti kriptowang bagi tujuan pembayaran, bermula 1 April 2022.

Keputusan ini dicapai setelah Bank of Thailand (BOT) dan Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa (SEC) berbincang berkenaan aktiviti ini yang dijangka akan memberi kesan pada kestabilan kewangan negara dan keseluruhan ekonomi.

Justeru, semua pengendali perniagaan aset digital perlu mematuhi peraturan tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuat kuasa.

BOT telah berulang kali mengatakan bahawa pihak mereka tidak menyokong mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran.

Pada Januari lalu, pengawal selia di Indonesia telah memberi amaran pada firma kewangan agar tidak menawarkan jualan kripto walaupun sedang hangat diperkatakan seluruh dunia.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mengiktiraf kriptowang.

Sumber: Reuters, Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Thailand

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
  • Nak Untung Lebih Tapi Tak Nak Keluar Modal, Premis Lombong Kriptowang Haram Tumpas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY