Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bard Beri Fakta Tak Tepat, Alphabet Kerugian Lebih RM430 Bilion Nilai Pasaran

Google Bard Beri Fakta Tak Tepat, Alphabet Kerugian Lebih RM430 Bilion Nilai Pasaran

Diterbitkan Februari 9, 2023 · Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak kehadiran bot sembang AI ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI, dapat kita perhatikan lebih banyak gergasi teknologi mula berlumba-lumba untuk turut menghasilkan program sedemikian.

Berkaitan

  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT
  • Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT

Google baru-baru ini juga telah memperkenalkan Bard, yang merupakan platform perbualan AI yang dikuasakan oleh Language Model for Dialogue Applications (LaMDA). Ketika ini, ia masih dalam fasa percubaan.

Namun, nampaknya kesilapan yang dibuat dalam demo pertamanya membawa padah. Alphabet, syarikat induk Google kini dilaporkan kerugian lebih $100 bilion (~RM430 bilion) dalam nilai pasaran selepas Bard berkongsi maklumat tidak tepat dalam demo tersebut.

Kronologi

Melalui demo berbentuk GIF yang dikongsi, Bard menjawab soalan “What new discoveries from the James Webb Space Telescope can I tell my 9 year old about?” dengan menyediakan senarai jawapan berbentuk bullet.

Bard is an experimental conversational AI service, powered by LaMDA. Built using our large language models and drawing on information from the web, it’s a launchpad for curiosity and can help simplify complex topics → https://t.co/fSp531xKy3 pic.twitter.com/JecHXVmt8l

— Google (@Google) February 6, 2023

Dalam bullet terakhir, ia menyatakan “JWST took the very first pictures of a planet outside of our own solar system“. Seorang astronomi di Twitter kemudiannya menyangkal jawapan tersebut.

https://twitter.com/astrogrant/status/1623091683603918849

Tidak lama selepas itu, saham Alphabet dilaporkan mula merudum sehingga 9%, yang menyebabkan kerugian lebih $100 bilion (~RM430 bilion) dalam nilai pasaran.

Sebagai respons kepada insiden itu, jurucakap Google menyatakan kepada The Verge,

This highlights the importance of a rigorous testing process, something that we’re kicking off this week with our Trusted Tester program. We’ll combine external feedback with our own internal testing to make sure Bard’s responses meet a high bar for quality, safety and groundedness in real-world information

Bukan perkara luar biasa apabila AI seperti Bard dan ChatGPT membuat kesilapan fakta kerana jawapan yang diberi adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul di internet, berbanding diperoleh daripada data yang dipercayai atau disahkan. Namun, isu yang dibangkitkan adalah bagaimana sistem itu membentangkan maklumat tersebut.

Microsoft lebih ke hadapan apabila terlebih dahulu menggariskan “Bing is powered by AI, so surprises and mistakes are possible. Make sure to check the facts, and share feedback so we can learn and improve!”

Bagaimanapun, dengan kejadian seperti ini, ia dapat menjadikan Google lebih berhati-hati dan menambahbaik program yang dibangunkan.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY