Jangan Guna Bahasa Terlarang Ini Di Alam Maya - MCMC

Pada tahun 2018, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menyediakan satu panduan "Bahasa Terlarang", yang menyenaraikan beberapa perkataan yang terlarang.

Dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), dan Commercial Radio Malaysia (CRM), panduan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesantunan bahasa di samping mengawal penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat, dan lucah di alam maya.

Bagaimanapun, ini bukan bermakna jika panduan ini dilanggar, anda akan dikenakan tindakan dengan serta-merta, namun, perlu dirujuk bersama peruntukan/garis panduan lain seperti:

  • Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998;

  • Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

  • Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.


Berikut adalah antara senarai perkataan "terlarang" dari panduan MCMC:

bahasa terlarang Kapsyen: Sumber: MCMC


bahasa terlarang Kapsyen: Sumber: MCMC


Anda boleh rujuk di SINI untuk melihat senarai penuh kata/frasa terlarang dari panduan "Bahasa Terlarang" yang ditetapkan oleh MCMC.

Apa-apa pun, perlulah kita sentiasa menjaga bahasa dan adab percakapan kita tak kira di alam maya mahupun secara fizikal.

Nescaya, setiap kata-kata yang dikeluarkan akan melantun kembali kepada kita.

Sumber: Buku Panduan Bahasa Terlarang MCMC

Baca juga:

Berkaitan