Selebriti media sosial dan petinju profesional Amerika Syarikat, Jake Paul dilaporkan mengalami kerugian besar selepas melaburkan sebahagian besar duit beliau ke dalam kripto.
Hal ini demikian, pasaran matawang kripto mengalami penurunan yang mendadak pada bulan Jun ini seperti Bitcoin, Ethereum, dan lain-lain. Tambahan lagi, Bitcoin telah mengalami susutan terbesar dalam nilai matawang kriptonya sejak Disember 2020.
Oleh itu, Jake Paul telah terkesan sama dalam krisis kejatuhan nilai matawang kripto. Perkara ini dedahkan oleh abangnya, Logan Paul dalam episod audio siar terbaru apabila berbual akan topik kerjaya tinju adiknya, Jake Paul.
Apabila ditanya akan kerjaya cemerlang adiknya yang berjaya mengumpul duit sebanyak USD40 juta (~RM175 juta), Logan dengan geli hati menjawab:
“Ia sudah tidak berguna, dia sudah labur semuanya ke dalam kripto! Dia miskin!”
Walau bagaimanapun, Jake Paul bukanlah YouTuber yang telah terkesan dan mengalami kerugian besar akibat daripada pelaburan kripto. Selain Jake, YouTuber KSI telah meletakkan diri beliau dalam kerugian sebanyak USD2.8 juta (~RM12.3 juta) dalam krisis matawang kripto LUNA.
Seterusnya, Jake Paul ada membuat ciapan di Twitter beliau dengan menyalahkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kerana tidak berbuat apa-apa terhadap perkara ini.
Biden accomplishments
1. Highest gas prices
2. Worst inflation
3. Plummeting crypto prices
4. Highest rent prices ever
5. Created new incomprehensible languageIf you’re reading this and voted for Biden and you still don’t regret it then you are the American problem.
— Jake Paul (@jakepaul) June 12, 2022
Pun begitu, dunia matawang kripto tidak dikawal selia oleh mana-mana badan berkuasa didunia ini dan bergerak bebas. Jake Paul patut menyalahkan dirinya sendiri jika beliau kehilangan duit dalam krisis kripto ini.
Sumber: JOE
Gambar utama: cryptoslate
Baca juga: