Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Didakwa Selalu ‘Tweet’ Pasal Dogecoin, Elon Musk Disaman Lebih USD200 Bilion

Didakwa Selalu ‘Tweet’ Pasal Dogecoin, Elon Musk Disaman Lebih USD200 Bilion

Diterbitkan Jun 20, 2022 ยท Dikemas kini Jun 20, 2022 oleh Firdaus

Pengasas dan pemilik Tesla Motors dan SpaceX, Elon Musk disaman sebanyak USD258 bilion (~RM1.1 Trilion) oleh pelabur matawang kripto Dogecoin. Tuntutan saman tersebut atas dakwaan beliau menjalankan skim piramid yang menyokong matawang kripto.

Pada asalnya di tahun 2019, Dogecoin tidak mempunyai sebarang nilai yang cukup besar. Walau bagaimanapun, Elon Musk telah mempromosikan kripto dengan kerap di Twitter beliau untuk mendapat untung daripada transaksinya.

Selain saman tersebut, plaintif (pendakwa raya) juga turut ingin menghalang Elon Musk dan mana-mana syarikat beliau daripada melakukan perdagangan kripto Dogecoin.

Tambahan lagi, nilai matawang kripto tersebut telah meningkat dengan mendadak sejak ciapan daripada Elon Musk pada April, 2021.

Doge Barking at the Moon pic.twitter.com/QFB81D7zOL

— Elon Musk (@elonmusk) April 15, 2021

Di samping itu, Elon Musk terus menerus twit tentang kripto tersebut dan plaintif mendakwa itu adalah cara Elon Musk memanipulasi dan mendapat untung daripada Dogecoin.

Elon Musk mempunyai kekayaan melebihi USD200 bilion (~RM850 bilion) dan merupakan individu terkaya di dunia. Ramai berpendapat Elon Musk berpotensi menjadi “trillionaire” pertama dunia.

Sumber: Unilad

Foto utama: coinpage

Baca juga:

  • Jack Sweeney Yang Jejak Jet Elon Musk Setuju Henti ‘Stalk’ Mark Cuban, Ini Tawarannya
  • Cara Membuat Kalendar Menggunakan Google Sheet
  • Durian Terima Pensijilan SIRIM Sebelum 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY