Selepas Luna, Nilai Bitcoin Jatuh Teruk Sehingga Pengeluaran Dilumpuhkan

Pada Mei lepas, kita dikejutkan berita kejatuhan nilai matawang kripto Luna. Krisis itu menyebabkan ramai pelabur matawang kripto tersebut mengalami kerugian yang mendadak dan ada yang mengambil nyawa mereka sendiri.
Kusangka nanas di tengah padang,

Rupanya pandan yang tumbuh berduri,

Kusangka panas hingga ke petang,

Rupanya hujan di tengah hari.

Begitulah keadaan dan situasi yang dialami oleh pelabur matawang kripto pada ketika ini. Hal ini demikian, nilai Bitcoin telah mengalami penurunan yang sangat ketara dalam masa singkat.

Penurunan mula berlaku pada Isnin 13 Jun awal minggu ini. Di samping itu, penurunan nilai matawang Bitcoin ini masih masih berterusan lagi ketika artikel ini ditulis.

Kapsyen: Nilai Matawang Kripto Bitcoin Setakat 15 Jun 2022


Selain itu, krisis ini dilihat lebih teruk jika dibandingkan penurunan nilai Bitcoin yang berlaku pada bulan Julai 2021 lepas. Buat kali pertamanya, nilai matawang Bitcoin berada di bawah RM100,000 sejak awal 2021.

Kapsyen: Nilai Matawang Kripto Bitcoin Julai 2021


Tidak cukup dengan itu, firma matawang kripto seperti Binance dan Celsius Network telah memberhentikan sebarang transaksi dan pengeluaran tunai daripada pasaran kripto dek situasi pasaran yang melampau ketika ini.

Perkara ini sangat memeranjatkan kerana berlaku ketika pasaran kripto berada di dalam krisis seperti ini. Transaksi yang ditahan seperti ini bermaksud terdapat banyak tunggakan transaksi yang tidak dapat dipenuhi oleh syarikat.

Sumber: Independent

Baca juga: