Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAECOO Malaysia

Wakil Pengedar JAECOO Malaysia Terima 500 Pertama SUV Premium J7

Diterbitkan Ogos 13, 2024 · Dikemas kini Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

JAECOO Malaysia memaklumkan, mereka telah menyerahkan secara rasmi 500 unit SUV Kegunaan Lasak Premium J7 yang pertama kepada para wakil pengedarnya.

JAECOO Malaysia menyatakan, mereka kini dalam usaha untuk memenuhi janji dengan menyerahkan kelompok pertama SUV J7 pada suku ketiga tahun ini. Sekali gus dalam tempoh masa yang dijadualkan.

500 unit SUV J7 yang diserah kepada wakil pengedar merupakan varian pacuan semua roda (AWD). Manakala, kelompok SUV J7 seterusnya yang akan diserahkan di bulan September kelak akan terdiri daripada varian pacuan dua roda (2WD).

Ditawar pada harga kompetitif, model J7 AWD ditetapkan pada MYR148,800, dan varian 2WD pada harga MYR138,800.

Strategi harga JAECOO telah meletakkan SUV J7 sebagai pencabar utama dalam kategori SUV segmen C, iaitu sebagai sebuah jenama mewah yang mampu dimiliki.

Kedua-dua varian JAECOO J7 disediakan dengan waranti 7 tahun atau jarak perjalanan sehingga 150,000km yang menunjukkan bukti keyakinan jenama tersebut terhadap inovasi dan kualitinya.

Para pelanggan JAECOO disokong oleh rangkaian pengedar yang meliputi 35 lokasi di seluruh negara, sebuah kilang pengeluaran terkhusus dan gudang alat ganti tulen JAECOO, untuk memastikan sokongan lepas jualan yang pantas dan lancar.

Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my 

Sumber: Siaran media JAECOO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Barisan ASUS ProArt Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM9,999
  • Lotus's Malaysia Sah Tamatkan Aplikasi Scan & Shop
  • Maxis Dan Huawei Jalin Kerjasama Inovasi 5G-Advanced, Tumpukan Pembangunan Teknologi Dan Bakat

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY