Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo neo 10

iQOO Neo 10 Dilancar Di Malaysia – Snapdragon 8s Gen 4 & Bateri 7,000mAh, Bermula RM1,999

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amsyar Latif

iQOO secara rasmi melancarkan Neo 10 untuk pasaran Malaysia, menjadikannya antara telefon terawal di negara ini yang dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4. Ia menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi tinggi, skrin berkualiti dan bateri besar, tanpa perlu belanja besar.

Model ini hadir dengan skrin 6.78 inci AMOLED 1.5K, kadar segar semula 144Hz, dan cip Q1 Intelligent Display untuk pengalaman visual yang lebih tajam. Gabungan RAM sehingga 16GB LPDDR5X Ultra dan storan 512GB UFS 4.1 memberi ruang luas untuk multitugas dan gaming.

Di bahagian kamera, iQOO Neo 10 membawakan sensor utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera hadapan 32MP. Ia turut menjalankan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 dan menyertakan pelbagai fungsi AI seperti AI Eraser, Live Call Translation dan Circle to Search.

iQOO Neo 10

Apa yang mencuri perhatian ialah bateri 7,000mAh bersama pengecasan pantas 120W, cukup untuk mengisi tenaga pantas dan tahan lama. Tambahan pula, ia lengkap dengan NFC, pembesar suara stereo, dan penarafan IP65 untuk perlindungan asas.

Harga dan tawaran:

  • RM1,999 untuk model 12GB + 256GB (eksklusif dalam talian)
  • RM2,199 untuk model 16GB + 512GB
  • Hadiah percuma bernilai hingga RM628
  • Diskaun RM100 untuk pelajar dan pensyarah
  • Tempoh promosi: Kini hingga 9 Julai 2025

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299
  • Cincin Pintar Pertama Infinix Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY