Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO 15

iQOO 15 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 26, 2025 oleh ainabatrisyia

iQOO bakal melancarkan produk terbarunya, iQOO 15 di Malaysia pada 9 Disember 2025.

iQOO 15 Performance Beyond Next
iQOO 15 – ZEN
iQOO 15 – Legend

Dibina dengan Ultra-Large 8K VC Cooling System bagi mengekalkan prestasi terbaik ketika bermain. Plat penyejuk besar satu lapis digandingkan dengan helaian grafit dua lapis dan gel terma khas untuk mengalirkan haba dengan lebih cepat dan berkesan. Ini membolehkan prestasinya kekal lancar.

Hadir dengan sistem operasi terbaru, OriginOS 6. Dikuasakan oleh Origin Smooth Engine yang mampu memberikan respons konsisten sehingga 5 tahun bagi memastikan peranti ini kekal relevan pada masa akan datang.

Ia juga didatangkan dengan antara muka yang lebih peribadi berserta sokongan alat multitugas yang pintar seperti Copy and Go, dan Drag and Go. Peranti ini juga mampu merentas ekosistem seperti berkongsi fail dengan iPhone, dan Office Kit untuk Mac hanya dengan satu sentuhan.

Dibekalkan bersama bateri Blue Volt berkapasiti 7000mAh dengan 100W pengecasan pantas FlashCharge dan 40W pengecasan tanpa wayar FlashCharge Global Bypass Charging untuk pengecasan yang efisien.

Ia dibina dengan Teknologi Anod Silikon Generasi ke-4 yang membolehkan sehingga 10.5 jam untuk gamingĀ dan 32.6 jam untuk tontonan YouTube berterusan pada pengecasan penuh. Apabila bateri tinggal 1%, mod Battery Life Extender akan diaktifkan secara automatik. Peranti ini juga boleh menyambung semula tugasan sebelum ini serta-merta tanpa gangguan.

Early Bird KV

Bersempena dengan pelancaran ini, iQOO Malaysia menawarkan promosiĀ Early Bird secara dalam talian bermula 25 November sehingga 8 December 2025.

Melalui promosi ini, anda boleh menempah iQOO 15 hanya dengan RM9.90 di platform rasmi iQOO. Anda juga boleh menikmati 2 tahun Extended Warranty dan Screen Crack Warranty serta berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM1370.

Hadiah percuma tersebut termasuk:

  • RM100 OFF Trade-in E-Voucher
  • iQOO 15 Casing
  • iQOO Buds Air
  • iQOO Gaming Fingersleeves

Semua hadiah tersedia selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • iQOO 15 Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, Skrin 2K, Bateri 7,000mAh
  • iQOO 15 Bakal Tiba Di Malaysia Disember Ini
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY