Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone se malaysia

iPhone SE Tidak Menerima Sokongan Penuh Paparan Haptic Touch Seperti Model iPhone Lain

Diterbitkan April 28, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula iPhone XR dan yang terbaru, Apple tidak lagi menambah sokongan 3D Touch. Sebaliknya, Apple telah menggantikan ciri itu dengan Haptic Touch. Walaupun Apple telah menggantikan beberapa ciri 3D Touch dengan Haptic Touch, namun iPhone SE dilaporkan tidak menerima sokongan penuh bagi ciri tersebut.

haptic touch
MacRumors

Jika menggunakan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, anda boleh menekan lama pada notifikasi pemberitahuan untuk melihat teks secara penuh. Sebagai contoh, tekan lama pada notifikasi Twitter dan anda dapat melihat pratonton penuh ciapan dengan tindakan pantas untuk membalas atau suka.

Bagi notifikasi masuk pada iPhone SE pula, anda boleh menekan lama dan melihat perincian teks tersebut. Tetapi, iPhone SE tidak mempunyai sokongan Haptic Touch pada Lock Screen dan Notification Center. Sebagai alternatif, anda boleh meleret ke bawah notifikasi tersebut dan tekan pada pilihan “View”.

Terdahulu, iPhone XR juga pernah mengalami masalah sama, di mana Apple kemudiannya menambah keupayaan tersebut melalui kemaskini. Bagaimanapun, Apple menyatakan tiada perancangan untuk mengemaskini iPhone SE bagi menambah sokongan tersebut buat masa ini.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY