Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE_konsep

iPhone SE 5G Diramal Bakal Dilancar Dalam Beberapa Bulan Sahaja Lagi

Diterbitkan Januari 11, 2022 oleh Amsyar Latif

Kali terakhir iPhone SE dilancarkan adalah pada tahun 2020. Setahun sudah pun berlalu, berkemungkinan tahun ini Apple akan menawarkan peranti tersebut kembali.

Berdasarkan laporan terbaru oleh Mark Gurman, Apple mungkin sedang merancang untuk mengadakan acara sekitar bulan Mac atau April ini yang mana iPhone SE 2022 turut diumumkan semasa acara tersebut.

Mengingat kembali khabar angin iPhone SE 2022, ia mungkin dipanggil iPhone SE 5G atau iPhone SE 3. Walaupun peranti tersebut akan menerima naik taraf dari segi prestasi dan menyokong 5G tetapi ia masih menampilkan rekaan seperti iPhone 8 atau mudah kata, sama macam iPhone SE 2020.

Selain itu, Gurman juga mengatakan Apple bersedia dalam perlawanan cip pemprosesan komputer di mana cip Apple Silicon (mungkin M2) akan menguasakan Mac Pro baharu serta MacBook Air baharu.

Dalam perkembangan lain, ‘pusingan’ kedua acara Apple dijangka diadakan pada Jun 2022 yang mana ia adalah WWDC. Di sini, mereka akan mengumumkan apa yang terbaru bagi sistem operasi mereka seperti iOS 16, iPadOS 16, watchOS 9 dan macOS 13.

Sumber: 9to5mac

Foto utama: 4rmd

Baca juga:

  • Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad

  • Ini Ekosistem Google Akan Datang, Mirip Apple

  • Apple Ada Perancangan Untuk Cas AirPods Dan Apple Watch Secara Wayarles Pada Skrin iPhone

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY