Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE

iPhone SE 2022 Kekal Dengan Rekaan Lapuk, Tapi Sokong 5G

Diterbitkan Januari 7, 2022 ยท Dikemas kini Januari 7, 2022 oleh Faiz Munir

Disebabkan tahun ini iPhone SE akan dilancarkan, banyak khabar angin yang berlegar-legar di media sosial mengenai rekaan yang bakal telefon ini gunakan. Pada mulanya ,dikatakan iPhone SE ini bakal menggunakan rekaan iPhone XR/11 dan mempunyai pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Namun, menurut ciapan daripada penganalisis Apple @dylandkt , Apple menangguhkan rekaan ini untuk keluaran iPhone SE yang akan datang. Tambahnya pula, iPhone SE kali ini masih lagi menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone SE 2020. Apa yang berubah hanyalah keluaran tahun ini akan menyokong 5G.

https://twitter.com/dylandkt/status/1479164229567537152?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1479164229567537152%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gsmarena.com%2Fiphone_se_2022_will_apparently_still_look_like_something_from_2017-news-52573.php

iPhone SE ini merupakan produk Apple yang dikeluarkan 2 tahun sekali. Ini bermakna, kita akan dapat lihat rekaan baharu bagi iPhone ini pada tahun 2024. Walaupun Apple hanya membawa sedikit perubahan, model ini tetap akan terjual kerana ia merupakan iPhone yang paling murah pembeli boleh dapatkan.

Dengan jangkaan bahawa iPhone SE 2024 akan membawakan rekaan baharu, adakah anda akan tunggu iPhone SE 2024 atau beli iPhone SE tahun ini dengan rekaan yang lama?

Sumber: @dylandkt

Baca juga:

  • Mulai Hari Ini, Pelajar Dan Pendidik Yang Beli Mac Dan iPad Dapat Airpods Percuma
  • 5 Telefon Edisi Khas Yang Pasti Buatkan Peminat ‘Anime’ Terliur
  • Perkhidmatan Penstriman Lanun Popcorn Time Tamat Beroperasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY