Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone se

iPhone SE 3 Mungkin Dijual Dengan Harga RM1,999 Di Malaysia

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh Faiz Munir

Menurut penganalisis Wedbush, Daniel Ives, Apple diramal akan menjual 30 juta unit iPhone SE 3 untuk tahun pertama ini selepas ia dilancarkan pada acara Apple “Peek Performance” awal pagi ini.

Berkemungkinan iPhone SE 3 ini akan dijual dengan harga yang sama dengan iPhone SE 2020 iaitu $399. Sebagai sebuah peranti yang akan menggunakan cip dan  lensa kamera yang lebih berkuasa daripada model sebelumnya serta menyokong 5G, penambahbaikan ini menjadi tumpuan utama untuk peranti tersebut.

Ketika iPhone SE 2020 dilancarkan, Apple hanya melaporkan bilangan jualan model tersebut dalam Dollar. Berdasarkan andaian itu, berkemungkinan unit yang terjual adalah sebanyak 24 juta untuk tahun pertama sahaja.

Meletakkan anggaran iPhone SE 3 ini bakal dijual sehingga 30 juta unit pada tahun pertama, nilai tersebut agak hampir sebenarnya dengan jualan iPhone SE 2020.

Ditambah pula dengan harga yang mampu milik untuk sebuah peranti iPhone, model ini juga mungkin akan menjadi saingan sengit untuk peranti Android yang lain dalam lingkungan harganya.

Selain iPhone SE 3, Apple juga akan turut memperkenalkan iPad Air 5 dan model baharu Mac  yang mungkin dikuasakan cip baharu M2 Apple.

Di Malaysia, iPhone SE 2020 dijual dengan harga RM1,999. Oleh itu, iPhone SE 3 mungkin dijual dengan harga yang sama jika tiada perubahan harga.

Sumber: Apple Insider

Baca juga:

  • Galaxy F23 5G Dilengkapi Snapdragon 750G, Tiga Kamera Dan ‘Voice Focus’
  • Penghantaran Misteri Sony Ke AS Mungkin Prototaip Konsol PS5 Pro
  • Tak Sangka Ramai Mula Beli MacBook Pro Tanpa Skrin, Katanya Lebih ‘Versatile’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY