Galaxy F23 5G Dilengkapi Snapdragon 750G, Tiga Kamera Dan 'Voice Focus'

Sansung India sejam lalu telah melancarkan sebuah peranti baharu untuk siri Galaxy F iaitu Galaxy F23 5G.

Dengan Android 12, ia dijana cip Snapdragon 750G, RAM LPDDR4X sebesar 4GB dan 6GB, storan setinggi 128GB yang boleh ditambah kad memori dan bateri 5,000mAh.

Galaxy F23 5G Premium Design

Untuk paparan, ia hadir dengan panel bersaiz 6.6 inci FHD+ Infinity-U Display dengan kadar segar 120Hz dan Corning Gorilla 5.

Selain menyokong 5G, ia juga menyokong pengecasan sehingga 25W serta RAM maya yang boleh ditambah sehingga menjadi 12GB.

Galaxy F23 5G - 50MP triple camera with 123° Ultra-wide lens

Kamera belakang dipenuhi tiga lensa iaitu 50MP, 8MP dengan sudut selebar 123 darjah dan 2MP untuk makro.

Ciri yang ditekankan Samsung ialah Voice Focus di mana bunyi persekitaran akan dipotong dan suara daripada subjek akan dikuatkan.

Galaxy F23 5G features

Walaupun dilancarkan dalam 2022, Samsung masih memberikan bicu audio 3.5mm pada model ini.

Buat waktu ini ia hanya tersedia di pasaran India dan tidak dimaklumkan bila akan menjengah pasaran global. Ia dijual pada harga ₹14,999 (~RM815) untuk 4GB+128GB dan ₹15,999 (~RM870) untuk 6GB+128GB.

Baca juga: