iPhone Face ID - Ciri Futuristik Yang Bakal Mendatangkan Kerisauan Pengguna

Dalam acara perasmian iPhone X baru-baru ini, Apple memperkenalkan ciri pengecaman wajah, Face ID memandangkan iPhone X merupakan iPhone pertama dengan rekaan tanpa butang home. Bermakna pengguna tidak diberikan pilihan untuk menggunakan pengimbas cap jari.

Ianya kelihatan satu inovasi baru untuk industri telefon pintar ketika ini, namun ciri ini juga dilihat bakal membuatkan pengguna tidak berasa selamat apabila menggunakannya.

Menurut Bussiness Insider, mereka berpeluang untuk mencuba sendiri ciri Face ID ini ketika di kawasan pameran dan demonstrasi selepas acara perasmian. Salah seorang daripada mereka cuba untuk membuka iPhone X namun tidak berhasil kerana mukanya tidak didaftarkan dalam peranti tersebut.

Oleh itu, mereka menggunakan muka perkerja Apple yang berada di sana untuk nyah kunci iPhone X, selagi perkerja tersebut membuka mata dan melihat ke arah telefon tersebut.



Jadi disini timbul keraguan tentang keselamatan telefon ini kerana ianya adalah sangat mudah untuk di curi. Bayangkan anda berada dalam LRT yang dipenuhi dengan penumpang lain. Pencuri hanya perlu menyambar peranti di tangan anda dan menyuluh ke muka anda.

Senang kan? Kecuali anda seorang ninja yang cepat bertindak balas dengan menutup mata dengan cepat. Tapi setelah anda membuka kembali mata anda, pencuri mungkin dah hilang dari tempat kejadian.