Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Tidak Akan Tampil Dengan Rekaan Skrin Lengkung

LG Tidak Akan Tampil Dengan Rekaan Skrin Lengkung

Diterbitkan Oktober 4, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
LG Tidak Akan Tampil Dengan Rekaan Skrin Lengkung

LG kini sedang membina telefon pintar LG G6 yang dikatakan mempunyai rekaan skrin lengkung OLED dan sistem cas tanpa wayar. Namun, menurut sebuah laman web dari Korea, ChosunBiz, kedua-dua ciri tersebut adalah tidak benar.

Dikatakan LG tidak berupaya untuk menghasilkan skrin OLED secara besar-besaran. Kilang LG hanya mampu menghasilkan skrin OLED kecil untuk Apple Watch dan jam pintar LG sendiri.

Nampaknya, LG G6 akan tampil dengan rekaan yang sama dengan LG G5, skrin rata 5.3 inci dengan paparan 2560×1440 Quad HD LCD. Selain daripada itu, LG juga merancang untuk membina LG G6 dengan rekaan all-metal dan meninggalkan rekaan plastik.

Pihak Wisermy sendiri masih samar-samar tentang rekaan LG G6 dan kami akan memberikan ulasan tentang khabar angin, spesifikasi dan berita tertiris kepada pembaca dari masa ke semasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY