iPhone Dengan Sokongan Dwi Kad Sim Mungkin Tidak Masuk Malaysia

Beberapa khabar angin yang bertiup sebelum ini ada menyebut tentang kehadiran iPhone beserta sokongan dwi sim.

Seterusnya perkhabaran bahawa tiga buah model juga akan diketengahkan pada acara pelancaran yang diramal berlangsung pada September depan.

Namun demikian, salah satu model mungkin ditawarkan pada dua versi; kad sim tunggal dan dwi kad sim.

Berukuran 6.1 inci dengan skrin LCD, ia disebut sebagai iPhone mampu milik kerana dijual pada harga yang lebih murah berbanding model lain.

Berkenaan pemasaran di China sahaja, Economi Daily News melaporkan Apple membuat keputusan tersebut kerana kebanyakkan rakyat negara kelahiran panda itu menggunakan lebih dari satu nombor.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih belum rasmi lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari Apple.

Sumber: Venture Beat