Bocoran Imej Memperlihatkan Panel Hadapan iPhone 2018

Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan iPhone 2018, foto yang baru tertiris ini mungkin boleh mengubat kerinduan.

Foto menunjukkan tiga keping panel hadapan itu didakwa akan dipasang pada model-model iPhone keluaran tahun ini.



Kelihatan rekaan takuk masih dikekalkan pada ketiga-tiganya dan ia hadir dengan tiga saiz berbeza iaitu, 5.8 inci, 6.1 inci serta 6.5 inci.

Jika diamati, panel 6.1 inci mempunyai bezel yang lebih tebal sedikit berbanding dua versi lain dan ia memberi bayangan penggunaan skrin LCD, bukaannya OLED.

Menerusi skrin LCD, Apple mungkin akan meletakkan tanda harga yang sedikit rendah. Sementara itu, versi 5.8 inci pula dikatakan akan dijual lebih murah berbanding iPhone X.

Sumber: @VenyaGeskin1