iPhone 8 Mungkin Bertukar Nama Di Saat Akhir Menjelang Pelancaran 12 September Ini

Dengan pengumuman iPhone baru iaitu pada 12 September ini semakin menghampiri kita, muncul lagi satu spekulasi dimana Apple mungkin akan menukar nama iPhone 8 di saat akhir.

Ramai yang menjangkakan Apple bakal menamakan model baru dengan nama 'iPhone 8', 'iPhone 7S' dan 'iPhone 7S Plus'. Namun menurut satu laman dari Belanda, iCulture, Apple mungkin menamakan iPhone seterusnya dengan nama 'iPhone X'.



'X' seperti yang diketahui umum merupakan nombor 10 dalam bahasa roman. Apple mungkin menggunakan nama 'X' ini bersempena ulang tahun iPhone yang ke-10. iPhone pertama kali diperkenalkan pada dunia pada tahun 2007.

Menurut iCulture lagi, iPhone 7S juga akan dijenamakan kepada iPhone 8 manakala iPhone 7S Plus akan diberi nama iPhone 8 Plus.

Namun lain pula kata 9to5Mac, menurut mereka Apple mungkin akan memberi nama 'iPhone Edition' tetapi mereka bersetuju dua model lagi akan dinamakan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.



Spekulasi tentang iPhone X dan iPhone Edition ini bukanlah asing lagi buat penggemar yang mengikuti perkembangan iPhone. Sejak daripada awal tahun lagi ramai yang bergosip tentang nama model iPhone baru tahun ini. Sama-sama kita saksikan minggu hadapan.

Sumber