iPhone 14 Diramal Hadir Dengan Skrin Lebih Besar, iPhone 15 Dengan Periskop 5X Zum


September ialah bulan yang mana siri iPhone baharu akan diperkenalkan. Untuk tahun 2022, iPhone 14 dijangka akan terus mewarisi susur masa yang sama.




Siri iPhone ini dikatakan telah mencapai ujian pengesahan kejuruteraan (engineering validation test).

iPhone 14 ini menurut Jeff Pu akan disertakan skrin yang lebih besar dan harganya juga tidak jauh berbeza daripada iPhone 13.

Selain itu, dia juga mengatakan bahawa cip A16 akan digunakan pada model Pro dan Pro Max selain turut menggunakan kamera 48MP.

Untuk siri iPhone 15 pula, laporan terbaru berkongsi bahawa siri ini mungkin hadir dengan lensa periskop dengan zum optikal 5x.

Ming-Chi Kuo pernah berkongsi bahawa periskop akan disertakan siri iPhone 14 namun membetulkannya dengan berkata ia akan diletakkan pada siri iPhone 15.

Sumber: 9to5Mac

Baca juga: