iPhone 12 Mungkin Diperkenal Pada Oktober

Apple sebelum ini telah mengesahkan model iPhone 12 akan mengalami kelewatan beberapa minggu dari yang dijadualkan pada setiap tahun. Menerusi ciapan Jon Prosser, acara pelancaran iPhone 12 dijangka akan berlangsung pada minggu 12 Oktober.

Menurut Prosser, dengan pelancaran iPhone 12 secara berperingkat, tarikh yang dijangka kemungkinan akan berubah bagi beberapa model. Beliau mendakwa model iPhone 12 versi Pro mungkin tidak akan tersedia sehingga November.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1293682812411936768

Dalam pada itu, Apple Watch dan iPad dijangka akan diperkenalkan hanya melalui siaran media pada minggu kedua September. Jika benar, ia mungkin agak mengejutkan kerana Apple kebiasaannya mendedahkan Apple Watch bersama pelancaran iPhone.

Terdahulu, iPhone 12 dilaporkan bakal hadir dengan 5 model. Model tersebut dikatakan hanya menyokong sambungan 4G dengan menawarkan harga yang lebih murah.

Sumber: MacRumors