Iphone 11 Pro Max Mendapat Skor 117 Dalam Ranking Dxomark

Setelah hampir 2 bulan dilancarkan, kini Dxomark telah memperlihatkan skor yang diperoleh oleh peranti mercu dari Apple iaitu Iphone 11 Pro Max.

Hadir dengan tiga lensa utama iaitu lensa lebar, lensa ultra-lebar dan lensa telefoto bersaiz 12 MP jelas bakal memberi saingan yang sengit dengan peranti mercu yang lain. Iphone 11 pro Max juga mempunyai mod waktu malam dan yang lebih menarik lagi ia dilengkapi dengan sistem Deep fusion yang dilancarkan bersama kemaskini ios13.2 pada beberapa minggu yang lalu.



Dengan memperoleh skor sebanyak 117 mata, Iphone 11 Pro Max dilihat menduduki tangga ketiga di bawah Huawei Mate 30 Pro dan Xiaomi CC9 Pro serta berkongsi mata dengan Samsung Galaxy Note 10 Plus 5G. Menurut Dxomark, Iphone 1 Pro Max menghasilkan imej yang mempunyai “dynamic range” yang tinggi, eksposure yang cemerlang dan terbaik dalam menghasilkan warna di dalam semua situasi. Namun bagi gambar “indoor’ ia sedikit menghasilkan imej yang agak “greenish’ dan kelemahan lainnya ialah dari segi zum dan menghasilkan “noise” jika imej di “crop”.



Markah bagi fotografi, iphone 11 pro Max mendapat 124 skor manakala bagi markah video pula, ia mendapat skor sebanyak 102 mata menyamai skor yang diperoleh oleh Xiaomi CC9 Pro.

 

Sumber : Dxomark