Mungkin apa yang telah diperkatakan oleh para pengulas gajet itu ada benarnya kerana apabila kami menguji Iphone 11 Pro Max pada Antutu Benchmark versi 8 dan ia memberikan skor yang amat cemerlang.
Kami telah menguji Iphone 11 Pro Max versi 256GB dan ia mendapat skor sebanyak 529127 mata pada penanda aras Antutu benchmark V8. Dengan hasil skor berkenaan, ia telah mendahului ranking Antutu dengan mengatasi ROG Phone 2 yang mendapat skor sebanyak 496226 mata dan One Plus 7T Pro yang mendapat skor sebanyak 482175 mata.
Kecemerlangan cip A13 Bionic juga telah terbukti apabila ia mampu untuk mengawal keupayaan bateri bagi siri Iphone 11 mengatasi peranti-peranti Android lain yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar. Dari segi prestasi ketika bermain permainan mobil, ia menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dengan berupaya untuk bermain permainan mobil dalam grafik paling tinggi tanpa ‘fps drop’ dan berupaya untuk mengawal suhu peranti walaupun siri Iphone 11 tidak mempunyai sebarang sistem penyejuk peranti.
Berkaitan
- Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno, Find Dan A Untuk Tahun 2019
- Switch Membuat Penurunan Harga Bagi Iphone Xs Max
- MKBHD Memilih Kamera Iphone 11 Pro Berbanding Google Pixel 4 Dan Samsung Galaxy Note 10 Plus
- OPPO Reno Laris Dijual Menerusi Tawaran Dari Maxis, Celcom Dan Digi
- Jurufoto Terkenal Dunia Peter Mckinnon Memuji Keupayaan Kamera Iphone 11 pro
- Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik
- Skor Antutu Benchmark Bagi Huawei Mate 30 Pro Berada Di Antara Snadpdragon 855 dan 855+
- 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Samsung Galaxy Note 10+ Berbanding iPhone 11 Pro Max
- Honor V30 Pro Pintas Huawei Mate 30 Pro Dalam Penanda Aras DxOMark
- A13 Bionic, Rahsia Di Sebalik Kehebatan Bateri Iphone 11 Pro Max