iPay88 Bakal Bawa Masuk Google Pay Ke Malaysia

Pemenang anugerah penyedia pembayaran dalam talian serantau di Asia, iPay88 telah mengumumkan yang mereka menjadi salah satu dari 60 lebih rakan kongsi untuk menyokong Google Pay dan merancang untuk memperkenalkan sistem bayaran itu kepada berbagai platfom  di Malaysia seperti Shopee, Lazada, 11street dan lain-lain.



Di laman Facebook iPay88 mengatakan Google Pay akan dapat digunakan pengguna tempatan tidak lama lagi.

Pada acara Google I/O yang lalu, mereka telah memberi penjelasan bahawa 70% daripada pelanggan tidak melengkapkan transaksi mereka, atas alasan beberapa prosedur pembelian agak susah semasa mengisi.

Oleh itu Google Pay ingin meringkaskan kaedah pembayaran serta menolong pelanggan menggunakan fungsi autofill.

https://www.youtube.com/watch?v=yvzcqhTqmRU&fbclid=IwAR2r7C47OfwJCAYtIWdM6dO8I3x1kdBL5b3sLRKrPje5PHBSHuRQie33qeI

Google Pay ini boleh digunakan pada kedai-kedai tertentu menggunakan bayaran melalui peranti anda. Dengan hanya menyimpan butiran kad pengguna kepada Google, aplikasi terus mengambil butiran anda dan mengisi dengan sendirinnya, atau menggunakan encrypted number tanpa perlu mengeluarkan kad sebenar mereka.

Sumber: Star Online