iPadOS Akan Mula Ditawarkan Bermula 1 Oktober 2019

Sebanyak 11 model iPad menyokong sistem operasi terbaru ini.


iPadOS pertama kali diperkenalkan di Worldwide Developers Conference (WWDC 2019) yang telah berlangsung pada awal Jun lalu. iPadOS akan menggantikan sistem operasi iOS yang masih digunakan iPad ketika ini.

Sekaligus menjadikan iPad bakal memiliki sistem operasinya sendiri, tidak lagi bergantung kepada iOS yang kini secara ekslusif hanya digunakan pada peranti iPhone dan iPod touch sahaja.

Daripada semakan di laman muka iPadOS, sistem operasi terbaru Apple ini akan mula dilepaskan bermula dari 1 Oktober akan datang.

Sebanyak 11 model iPad akan menyokong iPadOS, termasuklah model terbaru iPad Generasi ke-7 yang diperkenalkan Apple hari ini. Berikut adalah senarai penuh model-model iPad yang menyokong iPadOS:-

  • 12.9″ iPad Pro

  • 11″ iPad Pro

  • 10.5″ iPad Pro

  • 9.7″ iPad Pro

  • iPad (Generasi ke-7)

  • iPad (generasi ke-6)

  • iPad (generasi ke-5)

  • iPad mini (generasi ke-5)

  • iPad mini 4

  • iPad Air (generasi ke-3)

  • iPad Air 2