iPad tidak lagi menggunakan sistem operasi iOS.
Selain daripada perkenalkan versi terkini sistem operasi iOS 13 dan macOS 10.15 Catalina, Apple turut mengumumkan sistem operasi terbaru yang dibangunkan mereka khusus bagi peranti iPad. Sistem operasi untuk iPad ini dipanggil sebagai iPadOS.
Menurut Apple, dengan sistem terbaru yang khusus dibangunkan untuk iPad ini, iPadOS akan menjadikan iPad sebagai peranti yang lebih berkuasa dengan pelbagi ciri-menarik daipada versi sebelumnnya.
Aplikasi seperti pelayar Safari juga menyokong penuh ciri-ciri yang sepertimana ada pada versi komputernya. Malah ia juga dilengkapi dengan ciri Download Manager, menyokong sambungan storan USB dan kad SD serta arahan menggunakan 3 jari bagi mengaktifkan fungsi salin dan tampal serta banyak lagi.
Apple Pencil juga turut disertakan dengan ciri baru yang dioptimasikan bersama iPadOS.
iPadOS bagi versi pembangun sudah boleh dimuat turun bagi mereka yang berdaftar dengan Apple Developer Program. Versi beta untuk pengguna umum pula dijangka akan boleh dimuat turun dalam bulan Julai nanti. Manakala versi penuhnya utnuk semua pengguna iPad hanya akan tersedoa dimuat turun dalam bulan September nanti.
Berikut adalah senarai model-model iPad yang menyokong iPadOS:-
- 12.9" iPad Pro
- 11" iPad Pro
- 10.5" iPad Pro
- 9.7" iPad Pro
- iPad (generasi ke-6)
- iPad (generasi ke-5)
- iPad mini (generasi ke-5)
- iPad mini 4
- iPad Air (generasi ke-3)
- iPad Air 2
Berkaitan
- Perisian Hasad Terbaru Ini Sudah Menjangkiti Lebih Daripada 5 Ribu Komputer Di Seluruh Dunia
- 60% Daripada 28 Bilion Kos Untuk Fasa 1 JENDELA Dibiayai Pihak Komersil
- Google Sudah Membuang Lebih Daripada 500 Extension Dari Chrome Web Store
- Lebih Daripada 100 Aplilkasi Android Dikesan Membawa Iklan-Iklan Palsu Di Dalamnya
- Harga Maksimum iPhone 14 Pro Max Lebih Mahal Daripada MacBook Pro M2 13 Inci
- iPad mini Kini Dengan Capaian 5G
- Cara Sekat Pengguna Lain Daripada Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive
- Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta
- Satelit Starlink Diancam Serpihan Satelit Rusia Bergerak Laju Lebih Daripada 28 Ribu Km/j
- Skala YouTube Yang Terlalu Besar Menyebabkannya Mustahil Untuk Di Bersihkan 100% Daripada Kandungan Memudaratkan