Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 14.5 wide

Apple Melepaskan Kemas Kini iOS Dan iPadOS Versi 14.7.1

Diterbitkan Julai 27, 2021 · Dikemas kini Julai 27, 2021 oleh ariff bukhari

Apple sebentar tadi telah melepaskan kemas kini terbaru iOS dan iPadOS versi 14.7.1 kepada penggunanya.

Kemas kini terbaru ini ditawarkan selepas hampir seminggu sahaja versi iOS 14.7 dilepaskan.

Sebelum ini telah dilaporkan berkaitan aduan pengguna iPhone dan Apple Watch yang berdepan isu nyah kunci (unlock) peranti Apple Watch yang berlaku secara automatik, walaupun pengguna tidak melakukannya dari iPhone mereka.

Dalam laman sokongan Apple, mereka menjelaskan isu tersebut seperti berikut:-

“When you have Unlock with iPhone turned on, unlocking your iPhone unlocks your Apple Watch as long as you’re wearing it. An issue in iOS 14.7 affects the ability of iPhone models with Touch ID to unlock Apple Watch.” Apple.

Sehubungan itu, kemas kini terbaru ini mungkin adalah bagi memperbetulkan isu tersebut.

iOS 14.7.1 ditawarkan kepada pengguna iPhone 6 dan terbaru serta iPod touch generasi ke-7.

Manakala iPadOS 14.7.1 pula ditawarkan kepada semua model iPad Pro, iPad Air 2 dan terbaru, iPad Generasi ke 5 dan terbaru serta iPad mini 4 dan terbaru.

Baca juga: Apple Diam-Diam Akui Kemas Kini iOS 14.7 Menyebabkan Masalah Pada Ciri Unlock Apple Watch Dari iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY