Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipados wwdc23 – 13

iPad Pro Dengan Cip M3 Dan OLED Akan Hadir Tahun Hadapan – Mark Gurman

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

iPad kini menjadi penyumbang terkecil untuk pendapatan Apple. Malah, penjualan tablet dan komputer riba di seluruh dunia juga menjunam selepas naik mendadak ketika pandemik.

iPad Pro Dengan Cip M3 Dan OLED Akan Hadir Tahun Hadapan  – Mark Gurman

Dalam utusan terbaru Mark Gurman, barisan iPad Pro akan hadir dengan model baharu dengan naik taraf yang lebih besar pada tahun depan.

Untuk makluman, iPad Pro terakhir dilancarkan pada 2018 dan ia tidak membawakan pembaharuan besar.

Kata Gurman, iPad Pro seterusnya akan menggunakan cip M3, menggunakan skrin OLED (iPad pertama dengan OLED) dan hadir dalam dua saiz iaitu 11 inci dan 13 inci.

magic keyboard ipad pro

Selain iPad sendiri, sebuah aksesori yang akan dinaik taraf ialah Magic Keyboard.

Dipadankan dengan iPad Pro, kedua-duanya akan menampakkan seolah-olah komputer riba, lebih daripada imej set-up sekarang.

Magic Keyboard kali terakhir dilancarkan pada 2020.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Cara Matikan Notifikasi Promosi Daripada MAE
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • Aplikasi Ini Bolehkan Anda Hantar Fail Daripada Android Ke macOS
  • iPhone 15: Mungkin Ini Rupa Dan Spesifikasi Kabel USB-C Yang Akan Diperkenal Apple

Kata Gurman lagi, model-model baharu kelak akan menaikkan semula jualan iPad tetapi bukan tempoh yang lama.

Bila akan dilancarkan? Malang sekali bukan pada bulan hadapan bersama iPhone dan Apple Watch.

iPad Pro dan Magic Keyboard baharu ini akan rasmi pada tahun hadapan, paling awal pun Mac.

Jika anda mahu cari peranti Apple di Shopee daripada pengedar sah, boleh ke pautan INI.

Sumber: Mark Gurman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY