Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Air 2020 Bakal Hadir Dengan Sambungan Port USB-C

iPad Air 2020 Bakal Hadir Dengan Sambungan Port USB-C

Diterbitkan Jun 3, 2020 · Dikemas kini Jun 3, 2020 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan yang diterima daripada pembekal China, portal Mac Otakara menyatakan iPad Air generasi keempat bakal hadir dengan sambungan port USB-C berbanding port Lightning.

iPad Air USB-C

Selain itu, iPad Air yang akan datang dikatakan adalah berdasarkan pada iPad Pro‌ 11 inci. Pada awal tahun ini, terdapat ura-ura yang menunjukkan bahawa Apple sedang membangunkan iPad Air 11 inci.

Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo turut menjangkakan bahawa Apple akan melancarkan model iPad 10.8 inci pada separuh kedua tahun 2020. Walaupun tidak dinyatakan bahawa ia adalah model “Air”, model tersebut kemungkinan adalah iPad Air terbaru berdasarkan kitaran produk Apple.

Dalam pada itu, Mac Otakara juga menyebut mengenai iPad mini‌ akan datang bersaiz 8.5 inci yang akan dikekalkan dengan port Lightning.

Terdahulu, Apple telah beralih kepada port USB-C bagi model iPad Pro tahun 2018. Bagaimanapun, iPad yang lain masih menggunakan port Lightning untuk tujuan pengecasan.

Sumber: MacRumors

Beli Apple iPad dari Lazada (https://invol.co/clolqk) atau Shopee (https://invol.co/clolqz)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY