Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Thunderbolt 5

Intel Umum Thunderbolt 5 Generasi Baharu, Sokong Hingga Kelajuan 120Gbps

Diterbitkan September 13, 2023 · Dikemas kini September 13, 2023 oleh Firdaus

Beberapa jam sebelum Apple Event bermula, Intel telah mengumumkan teknologi Thunderbolt 5 yang serba baharu dan lebih laju berbanding pendahulunya.

Intel Thunderbolt 5

Kabel Thunderbolt 5 mampu menghantar data pada kelajuan 80 gigabit per saat (Gbps) dalam lebar jalur dua-kelajuan. Dan melalui ciri Bandwidth Boost, kelajuan tersebut boleh meningkat hingga 120Gbps.

Untuk pengetahuan anda, peningkatan ini adalah 3 kali ganda lebih baik dan laju berbanding ketersambungan yang sedia ada.

Kelebihan teknologi ini adalah memberikan paparan yang lebih baik, pemindahan data yang lebih laju dan ketersambungan yang lebih stabil.

Intel Thunderbolt 5

Selain itu, ia memenuhi piawaian industri seperti USB4 V2, DisplayPort 2.1 dan PCI Express Gen 4. Tidak lupa juga teknologi ini memberikan manfaat yang sangat tinggi kepada pencipta kandungan, gamers dan para profesional.

Oleh itu, teknologi tersebut membolehkan kita menikmati paparan dengan kualiti tertinggi dan pada masa yang sama, pengalaman yang lebih imersif pada tahun-tahun akan datang.

Beli Kabel Thunderbolt di Shopee: https://invl.io/cljt5nz

Beli Kabel Thunderbolt di Lazada: https://invol.co/cljt5o3

Berkaitan

  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Apple Watch Siri 9 Dilancar, Perkenal Ciri Baru "Double Tap"
  • Apple Watch Ultra 2 - Sama Seperti Watch Series 9 Tapi Lebih Tahan Lasak
  • iOS 17 Tersedia Untuk iPhone Dan iPad Pada 19 September 2023

Sumber: Intel

Gambar utama: Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY