Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spesifikasi thunderbolt 4

Intel Mendedahkan Spesifikasi Thunderbolt 4

Diterbitkan Julai 9, 2020 oleh Amalina Athman

Thunderbolt 4 pertama kali diperkenal di CES 2020 pada Januari lalu. Kini, Intel telah berkongsi lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi Thunderbolt 4 yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Seperti Thunderbolt 3, ia mempunyai kadar pemindahan data pada kelajuan 40Gbps. Bagaimanapun, keperluan minimum bagi Thunderbolt 4 adalah lebih tinggi di mana ia mempunyai sokongan dua monitor 4K atau satu monitor 8K berbanding Thurderbolt 3 yang hanya menyokong satu monitor 4K.

Intel Mendedahkan Spesifikasi Thunderbolt 4

Keperluan minimum PCI Express pada 32Gbps untuk kelajuan penyimpanan hingga 3,000MBps.

Menurut Intel, cip terbaharu Intel Tiger Lake akan menjadi yang pertama diintegrasikan dengan Thunderbolt 4. Dijangka komputer dan aksesori dengan port Thunderbolt 4 akan tersedia pada tahun ini, termasuk komputer riba yang berasaskan inovasi Intel dengan kod nama Project Anthena.

Sumber: Intel

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY