Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Core Unlocked

Intel Lancar Cip Edisi Istimewa ‘Terpantas Di Dunia’, Kelajuan CPU Cecah 6.2GHz

Diterbitkan Mac 18, 2024 · Dikemas kini Mac 18, 2024 oleh ariff bukhari

Intel telah pun mengumumkan CPU baharu yang berprestasi tinggi — Intel Core i9-14900KS.

Dikenali sebagai Intel Core 14th Gen i9-14900KS Special Edition Unlocked, ia mampu mencapai kelajuan CPU sehingga 6.2GHz, sekali gus melebihi apa yang dapat dicapai oleh mana-mana cip lain yang ada ketika ini.

Intel menganggarkan bahawa ia sepatutnya memberikan peningkatan yang besar berbanding pendahulunya.

Core i9-14900KS dilengkapi dengan 24 teras (8 teras P dan 16 teras E) dan 32 bebenang, 36MB Intel Smart Cache dan TDP sebanyak 150 watt.

“Intel Core i9-14900KS mempamerkan kuasa penuh dan potensi prestasi keluarga pemproses desktop Intel Core Ke-14 dan seni bina hibrid prestasinya. Peminat PC tegar – terutamanya pemain dan pencipta – kini boleh menikmati i9-14900KS yang memecah rekod frekuensi 6.2 GHz sambil membawa pengalaman desktop mereka ke tahap prestasi yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.” Roger Chandler, naib presiden dan pengurus besar Intel, Segmen PC dan Stesen Kerja Penggemar, Kumpulan Pengkomputeran Pelanggan Intel.

Intel Lancar Cip Edisi Istimewa ‘Terpantas Di Dunia’, Kelajuan CPU Cecah 6.2GHz

Sama seperti CPU lain dalam barisan penyegaran Raptor Lake, ia menyokong kedua-dua RAM DDR4 dan DDR5 serta mampu mengendalikan sehingga 192GB memori DD4-3200 MT/s atau DDR5-5600.

Ia boleh dipasangkan sama ada dengan papan induk Z690 atau Z790 dan menawarkan 20 lorong PCIe, 16 daripadanya ialah PCIe 5.0, manakala selebihnya ialah PCIe 4.0.

Cip baharu ini tidak banyak berubah dari segi spesifikasi berbanding 14900K, tetapi 14900KS menolak kelajuan jam yang lebih tinggi sehingga mencecah 6.2GHz.

Intel memaklumkan,pemproses edisi istiemwa ini akan tersedia mulai 14 Mac 2024, dengan harga pelanggan yang disyorkan (RCP) bermula pada $699 (~RM3299).

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY