Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel arc 1

Intel Lancarkan Tiga Barisan GPU Pertama Dalam Siri Arc-A

Diterbitkan April 1, 2022 · Dikemas kini April 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Intel telah melancarkan siri pertama GPU atau kad grafik mereka, Intel Arc-A. Tiga barisan untuk komputer riba yang diperkenalkan ialah Arc 3, Arc 5 dan Arc 7.

Ia dikatakan disasarkan untuk permainan dan penciptaan kandungan dengan penawaran seperti AI-Enhanced XeSS upscaling, keupayaan media ditambah baik dengan AI serta teknologi Intel Deep Link.

Syarikat dari Amerika Syarikat ini berkata ia kad grafik pertama dalam industri yang menyokong AV1 hardware acceleration penuh, kedua-dua pengekodan dan penyahkodan.

Ciri dan fungsi tersedia melalui pemproses grafik ini menarik untuk mereka yang terlibat dalam bidang penyuntingan video dan penstriman.

Intel Lancarkan Tiga Barisan GPU Pertama Dalam Siri Arc-A

Selain itu, antara ciri ditawarkan pada siri kad grafik ini ialah AV1 Game Streaming, Intel XMX AI Engine, Intel Xe Super Sampling (XeSS) Enhanced Gameplay, Intel Arc Control Software, Intel Xe HPG Microarchitecture.

Komputer riba terawal dengan Intel Arc 3 sedia dipratempah mulai sekarang dan akan diikuti cip-cip yang lebih berkuasa iaitu Arc 5 dan Arc 7 pada musim panas kelak.

Sumber: Siaran akhbar Intel

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY