10 Peranti Android Yang Dilapor Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi

Secara amnya, setiap peralatan elektronik yang kita guna ada menghasilkan radiasi tetapi radiasi yang dihasilkan terlalu kecil untuk kita labelkan sebagai bahaya. Telefon pintar juga tidak lari daripada menghasilkan radiasi walau pun pada tahap yang berbeza.

Berdasarkan kajian Bankless Times, beberapa peranti keluaran jenama OnePlus, Google, Motorola, Sony, ZTE dan Oppo mengeluarkan radiasi paling tinggi antara peranti yang sedia ada di pasaran.

Apa yang mengejutkan adalah jenama Pixel daripada Google juga termasuk dalam senarai ini. Sebanyak 3 peranti mereka dicatatkan mempunyai pelepasan radiasi RF (radio frequency) antara yang tertinggi.

Berikut merupakan carta kedudukan telefon pintar dengan pelepasan radiasi tertinggi:



Perkara ini tidak disangkakan kerana sebahagian peranti ini merupakan peranti Android yang terbaik pada beberapa tahun lepas.

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat telah menetapkan tahap maksimum pelepasan radiasi adalah 1.6 watts per kilogram. Di samping itu, kita boleh melihat Motorola Edge mempunyai tahap pelepasan radiasi yang paling tinggi.

Walaupun begitu, tiada sebarang kajian kukuh yang menunjukkan masalah kesihatan akibat daripada terdedah kepada tenaga frekuensi radio telefon pintar mengikut kata Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat.

Sumber: Bankless Times, Android Central

Baca juga: